Sunday, August 15, 2010

Ahlan Ya Ramadhan

Program Tautan Budi di Pahang menyuntik kesegaran dalam diri setelah sekian lama tidak diisi dgn makanan spiritual dan rohaniah.Alhamdulillah, diberikan peluang untuk menikmati pengalaman berharga lagi bermakna ini.Sesungguhnya,pengalaman sebegitu tidak akan datang bergolek,melainkan atas kerelaan dan kesanggupan diri sendiri.

Forum Perdana bertajuk 'Ahlan Ramadhan' terasa begitu dekat dengan diri,apatah lagi sekembalinya dari program terus melangkah masuk ke bulan penuh keampunan dan keberkatan ini.Ramadhan,diberikan 1001 ganjaran melebihi bulan-bulan yang lain.

Sabda Rasulullah saw:
"Barangsiapa yang gembira dengan kedatangan Ramadhan,diharamkan api neraka dari menyentuh tubuhnya"

Gembira bukanlah dari segi materialnya,tapi dari dalamannya.Gembira dalam menyambut kedatangannya dan merebut kebaikan yang terhidang di depan mata,yang pastinya tidak setanding dengan 11 bulan yang lain.Diceritakan pahala bagi orang yang berpuasa bak bintang yang berkelipan di langit. Sepanjang Ramadhan ditutupkan pintu neraka dan dibukakan pintu khas di syurga Ar-Rayyan untuk orang berpuasa sahaja dan malam Lailatulqadar dalam 10 malam terakhir (bilangan hb yang ganjil) adalah 1000 kali lebih baik daripada malam-malam lain.
Menarik?
  
Ramadhan itu awalnya adalah rahmat, tengahnya adalah maghfirah (ampunan) dan akhirnya adalah pembebasan dari api neraka.

 Sepanjang Ramadhan,tidak dinafikan kaum Hawa yang paling sibuk menguruskan persiapan berbuka puasa dan bersahur.Penat memang penat.Namun, setiap gerak jari seorang wanita,lebih-lebih lagi seorang ibu,diberikan pahala selagi dia tidak merungut.Betapa tingginya darjat seorang wanita,bahkan sesiapa yang membasuh baju suaminya dinaikkan 1000 darjat,diampunkan 2000 kesalahan dan segala yang terkena pancaran matahari akan mendoakan kesejahteraan wanita itu.

 Puasa adalah benteng kepada orang beriman,juga sebagai kunci kepada ketaatan.Bagaimana?Menahan diri daripada segala yang dilarang melatih diri menegakkan perisai terhadap godaan,sekali gus menunjukkan ketaatan kepada suruhan-Nya.

Jadi apa lagi?

MARI KEJAR PAHALA!

*peringatan untuk diri sendiri juga :)
**sumber dari Forum Perdana PTB 2010

2 comments:

  1. alhamdulillah. post berilmu! hehe.. selamat bermujahadah!

    ReplyDelete
  2. terima kasih!menulis dlm bahasa,dah hilang touch.haih

    ReplyDelete